Nadi Kidventure (Rakaman Webinar Pelan Perniagaan Mini Dan Video Pembelajaran)
6 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 05 Julai 2026, telah diadakan rakaman webinar Pelan Perniagaan Mini dan Video pembelajaran Kidventure bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kedua bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.
Sesi rakaman Webinar Pelan Perniagaan Mini memberi pendedahan tentang cara menyediakan pelan perniagaan yang ringkas tetapi berkesan sebagai panduan memulakan atau mengembangkan perniagaan. Peserta mempelajari elemen asas seperti objektif perniagaan, sasaran pelanggan, produk atau perkhidmatan, strategi pemasaran, anggaran kos, dan unjuran keuntungan. Melalui pembelajaran ini, peserta dapat merancang perniagaan dengan lebih tersusun, mengenal pasti peluang pasaran, serta meningkatkan keyakinan untuk mengurus perniagaan secara sistematik. Selain itu, Peserta juga menonton 3 Video berdurasi pendek mengenai pembelajaran Kidventure yang bertemakan usahawan cilik yang membolehkan peserta jelas dan faham mengenai keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: